Sabtu, 14 Januari 2012

Benarkah Wanita Diciptakan Untuk Dilindungi?

  • Allah SWT tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya.
  • Tidak juga Allah SWT menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk djadikan bawahannya.
  • Tetapi Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki,dekat dengan lengannya untuk dilindunginya,dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya.
  • Allah tidak menciptakan wanita itu sebagai barang pertukaran,apatah lagi sebagai objek buat lelaki.
  • Tetapi Allah menciptakan wanita sebagai teman yang mendampingi hidup Adam tatkala kesepian di Syurga.
  • Juga Allah menciptakan wanita sebagai pasangan hidup lelaki yang akan menyempurnakan hidupnya sekaligus melahirkan generasi,disamping tunduk dan bribadah kepada Allah.
  • Tetapi,kenapa ada lelaki yang tunduk kepada kaki wanita??
  • Disanjung sebagai Dewa Shinta.Yang banyak menyebabkan lelaki buta mata,buta telinga,bahkan buta mata hatinya.
  • Namun ada jua yang menganggap rendah wanita.
  • Wanita dinista,dihina.
  • kesuciannya dijadikan objek yang tidak ternilai harganya.
  • Tenaganya dieksploitasikan bagaikan kuda.
  • Kelembutannya dijadikan transaksi murahan yang tak seimbang nilainya.
  • Wanita dijadikan sebagai pemuas nafsu,bila habis madunya dengan seenaknya dibuang ketempat sampah,atau dianggap selipar jepun yang tidak berguna.
  • Jika wanita itu adalah ibu kita,dan anak kita,relakah kita melihat mereka menjaja diri didalam gelap malam yang mencekam??
  • Relakah kita melihat mereka membanting tulangmengumulkan ringgit atau sebagai risikonya dengan mayat tekujur kaku?
  • Jika wanita itu adalah ibu kita,kakak kita,dan anak kita,relakah kita membiarkannya  seperti jasad hidup yang tidak memiliki nilai?
  • Jika wanita itu adalah ibu kita,kakak kita,dan anak kita,relakah kita membiarkannya lapar,liar,ganas,tidak berpendidikan,bodoh,dungu,hanya kerana ketidakmampuan ayah memberi nafkah,kerana ketidakmampuan kita mendidik dan mencintainya,kerana ketidakmampuan kita melindunginya,sebagai mana Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki,dekat dengan lengannya untuk dilindunginya,dekat dengan hatinya untuk dicintainya.
  • Dia tetap wanita,yang diciptakan Allah SWT dengan Segala kelebihannya dan kekurangannya.
  • Tidak layak manusia dengan akalnya yang kerdil ini menggantikan kedudukannya apa lagi fitrahnya.
  • Wanita bagaikan sekuntum bunga terpelihara, tidak semua kumbang boleh menghisap madunya.
  • Berlemah lembutlah dalam melayan mereka,kerana jika tidak,mereka boleh menjadi seganas serigala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular